The challenge of the school


CABARAN PERTAMA

INTELEK PELAJAR


Melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, kemahiran, berfikiran kreatif dan kritis serta berdaya saing.

CABARAN KEDUA

GURU.


Membina insan guru yang berilmu, kreatif, kritis, reflektif serta boleh menjadi ‘role model’ , mendidik dengan cekap dan berkesan dan bersifat profesional.

CABARAN KETIGA

PENGURUSAN


Mencapai target pengurusan pentadbiran SMK Dato’ Dol Said sebagai model pengurusan Sekolah Bestari Berkualiti Kementerian Pelajaran Malaysia.

CABARAN KEEMPAT

PERPADUAN


Mewujudkan perpaduan menerusi mekanisme yang mampu menggerakkan pembangunan organisasi dalam kalangan warga sekolah demi mencapai misi dan visi yang telah ditetapkan.

CABARAN KELIMA

PERSEKITARAN SEKOLAH


Menjadikan persekitaran sekolah sebagai taman yang bersih, indah dan selamat demi melahirkan warga sekolah yang sihat dan cergas serta dapat menjalankan tanggungjawab sepenuhnya.

CABARAN KEENAM

HUBUNGAN


Menjalankan hubungan erat dengan semua pihak yang berurusan dengan sekolah melalui secara ikhlas, mesra, berbaik keikhlas, tekun, mesra dan amalan budi bahasa yang tinggi.

CABARAN KETUJUH

PRASARANA


Menyediakan prasarana yang terbaik merangkumi aspek fizikal sekolah, bahan pengajaran dan pembelajaran dan kemudahan teknologi maklumat serta komunikasi.

CABARAN KELAPAN

DISIPLIN


Meningkatkan kualiti sahsiah pelajar ke arah melahirkan pelajar yang berketerampilan, berhemah tinggi, bertanggungjawab dan mempunyai jati diri.


CABARAN KESEMBILAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Meningkatkan kualiti pengajaran guru melalui penggunaan pelbagai strategi pengajaran menerusi perancangan program kurikulum selaras dengan misi dan visi sekolah.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "The challenge of the school"

Post a Comment

Copyright 2009 SMK Dato Dol' Said's Blog
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Converted by Theme Craft
Powered by Blogger Templates